Bentuk Iphone 5
Sama seperti yang sering diperkatakan iaitu iphone 5 adalah lebih tinggi daripada iphone 4 disebabkan oleh perubahan dalam saiz skrin, juga badan diperbuat daripada kaca dan aluminium dengan dua bahagian gelap pada bahagian atas dan bawah belakang. Ianya adalah 20% lebih ringan seberat 112 gram dan ketebalan 7.5mm dan 18% nipis daripada iPhone 4S.
Skrin Iphone 4s
Untuk pertama kalinya Apple memikirkan bahawa sazi 3,5 inci adalah ketinggalan zaman dan mereka memperkuasakan 5 iphone dengan skrin yang lebih besar iaitu dengan paparan 4 inci dengan dan retina pada resolusi 1136 x 640. Jika anda memegang Iphone 5 pada keadaan mendatar icon didalam Iphone 5 anda akan menjadi 5 baris.
Kamera Iphone 5
IPhone 5 digabungkan dengan kamera baru yang 25% lebih kecil dengan dibekalkan dengan 8 megapiksel termasuk ciri-ciri kamera baru seperti mod cahaya rendah Dinamik yang memberikan anda imej yang lebih baik tanpa menggunakan flash dalam keadaan cahaya yang rendah. iPhone 5 juga berupaya menangkap gambar dengan cepat dan pantas iaitu 40% lebih cepat dan boleh mengambil gambar mod panorama.
Pemperosesan Iphone 5
Peranti ini diperbaharui dengan cip A6 iaitu dua kali ganda lebih cepat daripada cip pemproses A5 dalam iPhone sebelumnya iaitu Iphone 4S. Memiliki saiz yang lebih kecil dan serta tahap memperoses yang sangat laju walaupun sudah kehilangan kuasa bateri.
Sambungan Iphone 5
iPhone 5 dilengkapi dengan sokongan LTE 4G dan akan serasi dengan rangkaian kelajuan tinggi seperti Sprint, Verizon, dan AT & rangkaian LTE T. Ia juga mempunyai sambungan ‘ultrafast’ tanpa wayar atau wayerles yang menggabungkan sokongan LTE dengan 2.4GHz dan 5GHz 802.11n Wi-Fi yang akan lebih memberikan jalur lebar yang lebih menyeluruh.
Saturday, 5 January 2013
Jenis-jenis Nafsu
Assalamualaikum
Jenis-jenis nafsu yg ada dlm diri manusia.
1. Nafsu Amarah: Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah untuk menegur orang sebegini mereka kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu amarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.
2. Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah.
Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya, semasa berdating semalam, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah memperbaiki diri dan mudah menerima teguran orang lain. Mereka tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain itu, nafsu lawwamah sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah.
3. Nafsu Mutmainnah: Jiwa yang tenang.
Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat mereka lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

Friday, 4 January 2013
One Fine Day
Assalamualaikum
Lupa nak tulis mlm istimewa mkn2 sempena hari jdku. Mcm2 tmpt nak cadang utk celebrate. Hmpir 1/2 jam pusing2 area Bangi. Lastly mkn di My Rice di ss8. Indah khabar dr rupa je tmpt ni. Kami mkn nasi arab dan mandy kambing. Kebab dan nasi goreng kampung sedap..yg lain tak kena selera sgt. Akhirnya nasi2 tu bungkus bwk blk sbb x abes.
Blk dr tmpt mkn, mcm kena bius, dah tak boleh tahan mengantuk...teruk betul. Kami tertidur di ruang tamu, tgh mlm baru masuk bilik, mcm kena dadah je. Haha. Itulah cerita mlm meraikan hari jadiku. Terima kasih utk suamiku yg begitu mengambil berat dan menyayangiku. Sekian.

Thursday, 3 January 2013
SOLAT TETAPI MASIH BUAT MAKSIAT
Assalamualaikum
Solat merupakan batu asas bagi agama. Bahkan dalam Islam, diserlahkan kekuatan solat itu sehingga ianya diisytihar sebagai benteng kukuh yang mampu mencegah kita daripada perbuatan maksiat. Malah ianya sering disebut-sebut sebagai jaminan pasti bagi kita dalam menolak perbuatan mungkar.
Tokoh ulama dari Tunisa Syeikh Tahir Ibn A’syur, di dalam kitabnya Maqasid al-Syariah, menyatakan bahawa setiap kefarduan yang diwajibkan ke atas setiap mukalaf, manfaatnya kembali kepada pelaksananya. Justeru dalam persoalan solat juga terdapat manfaatnya tersendiri. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 45).
Ayat ini memahamkan kita bahawa dengan solat manfaatnya ialah kita dapat menghidari perbuatan mungkar. Kita juga sering mewar-warkan bahawa dengan melakukan solat maka secara pasti kemungkaran akan dihindari. Namun realitinya dari segi praktikal, ramai yang tertanya-tanya. Kenapa masih lagi terdapat perbuatan mungkar dan maksiat sedangkan si pelaku tersebut seorang yang tidak meninggalkan solat. Bukankah kehidupan realiti ini menggambarkan ianya seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran.
Sebenarnya, hakikat maksud al-Quran itu langsung tidak bercanggah dengan realiti kehidupan manusia. Boleh jadi solat yang dilakukan kita itu tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki dalam menghindarkan diri dari perbuatan mungkar.
Jadi tidak menghairankan apabila Nabi SAW meletakkan graf tertentu kepada pelaku solat. Ada yang solat yang sempurna dan ada sebaliknya. Baginda pernah bersabda :
Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah pahala sahaja dari solatnya. Hadis hasan dari Ahmad, Abu Daud dan Ibn Hibban.
Cuba kita lihat dari sudut takrifan solat. Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Jika dirujuk kepada takrifan ini semata-mata, maka kita hanya akan memandang bahawa pensyariatan solat ini lebih berkisar kepada zahir amalan. Tentang tatacara, rukun, syarat dan sebagainya. Namun, solat sebenarnya bukan sekadar ibadah anggota badan sahaja. Namun ianya merupakan ibadah yang diteraskan dari hati sanubari seorang Muslim.
Disebabkan itu Syeikh Muhammad Bayumi dalam kitabnya ‘Akhta’ al-Musallin min Takbir ila Taslim menyatakan bahawa orang yang hendak melakukan solat (iaitu sebelum solat) sudah semestinya ia tidak melakukan kejahatan dengan tangannya, tidak berkata kesat, tidak melihat yang diharamkan. Ini kerana perbuatan hendak melakukan solat itu sendiri secara automatik membendung rasa inginkan kemungkaran.
SOLAT BUKAN SEKADAR PERGERAKAN ZAHIR
Jika kita merujuk kembali kepada ayat surah al-Ankabut di atas. Selepas Allah SWT mengatakan bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah SWT mengikat kenyataan tersebut dengan ‘dan mengingati Allah itu adalah lebih besar’. Secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita bahawa Allah SWT meletakkan proses hati dalam berhubung dengan Allah itu satu yang amat penting dalam maksud pensyariatan solat.
Menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya, mengatakan bahawa tujuan solat yang lebih besar adalah untuk mengingati Allah. Kemudian barulah tujuan solat itu diisbatkan kepada usaha untuk meninggalkan perkara kemungkaran. Sebab itu al- Imam Ibn Kathir telah mensyaratkan kepada kita tiga pokok asas apa yang dinamakan dengan solat. Dan tidaklah dinamakan solat sekiranya ia tidak menepati tiga pokok asas iaitu, ikhlas, khasy-yah (takut), dan mengingati Allah. Ini kerana ikhlaslah yang mengarah kita kepada perbuatang makruf. Manakalah khasy-yah (takut) pula menghalang kita dari perbuatang mungkar.
Sebab itu perbuatan solat secara zahirnya sahaja bukan penentu atau jaminan seseorang itu meninggalkan mungkar secara pasti. Walaupun ayat ini menyatakan demikian, namun ayat al-Quran perlu diteliti secara keseluruhan. Boleh jadi solat dilakukan tanpa khusyu’, sambil lewa dalam solat, malas bila mengerjakannya, solat dalam keadaan tergesa-gesa malah mungkin ianya dilakukan semata-mata untuk berpura-pura dengan maksud riya’. Sudah pasti solat itu tidak seutuh benteng untuk mencegah kemungkaran.
SOLAT YANG DILENGAH-LENGAHKAN
Di dalam al-Quran diceritakan bagaimana mungkin perbuatan mungkar mampu ditinggalkan secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, sedangkan dalam ayat yang lain Allah menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat. Ini dapat dilihat pada ayat ke 4 surah al-Maa’un yang bermaksud :
“ Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”
Ibnu Abbas memberi gambaran bahawa yang dimaksudkan orang yang celaka disini ialah orang-orang yang munafiq. Dimana mereka mengerjakan solat ketika di hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan bersendirian. Samada lalai ketika dalam solat mahupun lalai untuk mengerjakannya pada waktu yang ditetapkan. Pendapat mengenai ayat ini ditegaskan kepada orang yang lengahkan solat juga dipersetujui oleh Masruq dan Abu ad-Dhuha.
Menurut ‘Atha’ bin Dinar pula. Allah telah menggunakan kalimah (‘an) ‘yang lalai dari solatnya’. Allah tidak menggunakan kalimah ( fi ) ‘yang lalai di dalam solatnya’. Ini bermaksud jelas bahawa lalai disini adalah lalai dengan melengah-lengahkan solat.
Di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karangan al-Imam As- Suyuthi mengatakan bahawa, daripada Sa’ad B. Abi Waqash telah berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang FirmanNYA: “(yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka” Nabi SAW telah bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.
Dapat dipastikan disini bahawa salah satu ciri-ciri orang yang munafiq ialah suka melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.
SOLAT ORANG MUNAFIQ
Sebab itu bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu sudah pasti menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.
Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :
“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”
TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS
Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.
Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.
Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.
SOLAT DALAM KEADAAN RIYA’
Itu gambaran ciri-ciri zahir seorang munafiq dalam melakukan solat. Kemudian Allah menyambung semula ayat 14surah an-Nisa berkenaan dengan ciri-ciri batin yang terdapat di hati seorang munafiq dalam melakukan solat. Allah menyebut, “mereka riya’ di hadapan manusia”. Iaitu mereka melakukan solat tanpa ada hubungan dengan Allah akan tetapi untuk tatapan manusia.
Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan merendahkannya.”
Gambar Hiasan: Solat itu perlu di ‘training’
SOLAT DENGAN TERGESA-GESA
Antara sebab-sebab lain solat itu tidak mampu mencegah kita daripada perbuatan mungkar ialah, apabila ianya dilakukan dengan remeh temeh. Ianya dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini jelas pada sambungan ayat sebentar tadi iaitu “Mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali”
Ibnu Kathir berkata, ini kerana ketika solat mereka tidak khusyu’ malah tidak mengerti apa yang diucapkan. Bahkan dalam solat mereka bermain-main serta berpaling dari kebaikan yang ingin dicapai. Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari, hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat (bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja”. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasai’e.
JADIKAN SOLAT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI DENGAN ALLAH
Solat adalah satu komunikasi yang sangat baik antara Allah dan manusia. Ia menjadi sebahagian pengikat antara hamba dan makhluk. Bahkan dalam setiap urusan disuruh untuk kita berurusan dahulu dengan Allah, kemudian barulah dengan manusia yang lain. Sekiranya penghubung komunikasi tersebut hanya sekadar acuh tak acuh, mana mungkin perisai kemungkaran itu boleh dihasilkan.
Sebab itu Nabi Muhammad SAW dalam setiap urusan kehidupan akhirat malah urusan dunia sentiasa menyuruh umatnya mendahului dengan solat dua rakaat. Ini dapat dilihat dalam kisah solat istikharah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah maksudnya : Adalah Rasulullah SAW , mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa. ( riwayat al-Jamaah)
Setiap perbuatan menggambarkan bahawa proses mengingati Allah itu adalah sebahagian dari kekuatuan pengawalan nafsu dari terus melakukan perbuatan mungkar. Jelas disini, bukti menunjukkan bahawa solatlah sebahagian dari cara yang paling berkesan dalam menghubungkan hati manusia untuk mengingati Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
” Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Toha : 14)
JADIKAN SOLAT TEMPAT MENGADU KESEDIHAN DAN KESUSAHAN
Malah setiap kali menghadapi ujian, cabaran mahupun kesulitan dalam hidup Baginda sepanjang menyebarkan ajaran Islam, Baginda akan mengambil waktu untuk melakukan solat terlebih dahulu memohon petunjuk daripada Allah SWT dan memohon ketenangan jiwa untuk melaksanakan misi Islam. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAh) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah : 153)
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka.” (Al-Ma’arij:19-23)
Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Mukminun ayat pertama dan kedua, “Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka”. Makin erat hubungan hati manusia dengan pencipta makin berjayalah seseorang itu di dunia dan di akhirat.
KESIMPULAN
Justeru, ketepatan amalan solat berdasarkan hadis-hadis yang sahih mengikut tatacara yang tepat dengan sifat solat Nabi perlu dipelajari. Agar solat kita tidak ditolak oleh Allah hanya kerana kejahilan kita memahami sunnah. Dalam masa yang sama, benteng untuk mencegah kemungkaran bukan sekadar pergerakan anggota zahir badan semata-mata. Namun ianya juga berkait rapat dengan hubungan hati. Solat adalah ikatan batin antara manusia dengan Allah. Andai manusia cukup beradab sopan dengan Allah bermula dari saat takbir hingga salam. Mengapakah latihan sebanyak 5 kali sehari itu tidak boleh membentuk jiwa yang beradab sopan dengan Allah sepanjang kehidupan kita.
Janganlah apabila kita melakukan maksiat, maka kita menyalahkan solat kerana ianya tidak mempu menjadi benteng. Tetapi periksalah keadaan solat kita. Adakah ianya benar-benar solat yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Copy dari koleksi imam muda Asyraf

Wednesday, 2 January 2013
Selamat Hari Lahir
Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiranku yg ke 43 thn. Terasa begitu tua dah ni. Mcm biasalah wall kt fb akan penuh dgn ucapan dr kwn2 dan anak murid. Sampai di meja ada little gift dari kwn. Dlm kelas 5Zuhal, pljr menyanyi happy birthday utkku. Lucu juga dah tua2 mcm ni.
Terasa sayu pula tahun ni. Mengenangkan pahit manis 2012 yg lalu. Ada mcm2 perasaan, kdg2 rasa gembira, kdg2 sedih dan kdg2 rasa kosong. Yang pasti hidup harus diteruskan walau apa pun cabarannya. Bersyukur kpd Allah yg telah memberi satu lg keajaiban dlm diri ini utk menghadapinya. Aku mesti bangun dan melupakan semua kenangan itu. Kepahitan dan kekecewaan yg ditinggalkan bukanlah penamat kpd satu kebahagiaan lagi. Inilah hidupku kini...walau bagaimanapun aku harus terima qada' dan qadarNya. Terima kasih kpd suami yg sentiasa ada di sisi dan menyayangi diri ini. Terima kasih juga kod hadiah hari lahir yg begitu bermakna.

Tuesday, 1 January 2013
Hari Pertama Sekolah
Assalamualaikum 19 syafar
Nak kongsikan hari pertama ke sekolah. Keluar 6.55 pagi dah ok tetapi jem di lampu isyarat mengambil masa yg lama sehingga hampir 30 minit. Terpaksa buat calling2 utk mintak tolong. Tiba di sekolah terus ke dewan utk perhimpunan. Terkenang2 tahun lepas...terkejar2 utk ke perhimpunan, maklumlah bimbang ada kekurangan persiapan PP kendalikan majlis. Segala memori silam menggigit kesayuan dlm hati. Ah! biarlah ia berlalu.
Majlis bermula dgn tidak tersusun. Pembaca ikrar kelam kabut, tiada teks tak hafal pula. Lucu pun ada tp malu lah permulaan majlis dah ada kelemahan. En Tohit mengumumkan latihan merentas desa pd 9 jan 2013 dan yg sebenar pd 12 jan 2013. Beliau mengingatkan pelajar spy berpakaian kemas pd tempatnya. Querter master: utk kokurikulum.
Selepas beberapa ketika, sibuk pula dgn perubahan jadual kerana perhimpunan dgn Nadrah. Pergi ke bilik guru nak settlekan jadual. Mula2 perubahan 30 minit, balik 3.20 ptg. Akhirnya PK putuskan sebelum rehat 25min, lps rehat 30min balik 2.55ptg. Ptg pula ada pendaftaran koko 3.30 ptg.
Balik semula ke perhimpunan, KU sdg berucap. Hafiz ni perlu byk berlatih berucap di atas pentas, ada kalimah2 yg tdk sepatutnya digunakan. Kemudian YDP PIBG pula berucap. Ada slot utk dia rupanya. Byk memberi perangsang kpd para pelajar. Tapi mengambil masa yg lama pula.
Tiba giliran ucapan pengetua yg dinanti2. Abi memperkenalkan guru2 baru Pn Rosliza dan Pn Jamiati. Ucapan sekejap aje kerana masa dah menunjukkan pukul 9.12 pg.

Pendaftaran 1.1.13
Assalamualaikum.
Bermula dgn sarapan pagi. Sibuk mengedar jadual waktu kelas dan guru. Bila ada masalah jadual, mulalah jd pening dan terpaksa lari dr muzakarah. Berkurunglah di bilik peperiksaan dgn Nadrah sehingga siap termasuk analisis. Lps tu balik ke rumah, dlm perjalanan mncari kedai fotokopi semua tutup. Hampa rasanya. Lps lunch ke rumah Rahimaton pulak dgn Kuza dan Zana...mkn2 dan borak2. Blk dr situ terus bertugas check barang pelajar di asrama. Hampir pukul 6 ptg barulah balik ke rumah. Fuh! sungguh penat hari ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)