Saturday, 5 January 2013

Apple : Mengapa iPad Mini Lebih Baik Berbanding Tablet Android?

— Diterbitkan pada October 24, 2012
Ketika pengenalan iPad Mini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Apple, adalah mengapa tablet bersaiz 7.9-inci mereka lebih baik berbanding pesaing mereka yang menghasilkan tablet dengan saiz lebih kurang sama tetapi menggunakan platform Android.

Aplikasi natif, bukannya dibesarkan daripada saiz telefon pintar.Apple memfokuskan kepada pengalaman penggunaan melalui iPad Mini, dimana membolehkan ia digunakan dan dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja, berbeza dengan iPad biasa. Dalam kebanyakkan perbandingan yang dilakukan, Apple membandingkan ia dengan Nexus 7 daripada Google yang dijual pada harga RM999 di Malaysia.

Menurut Apple, melalui peranti mereka yang bersaiz sedikit besar itu, ia membolehkan para pengguna mempunyai keluasan skrin yang lebih besar, dan melihat lebih banyak kandungan pada sesuatu masa. Walaupun ia sesuatu yang sedia maklum memandangkan iPad Mini membawakan saiz skrin lebih 0.9-inci berbanding Nexus 7, Apple kelihatan memfokuskan kepada rekabentuk kerangka luar mereka yang lebih nipis bahagian tepinya berbanding dengan Nexus 7.

Namun, salah satu kelebihan pada iPad Mini semestinya pada sokongan aplikasi mereka. Berbeza dengan tablet Android yang masih bergantung kepada kebanyakkan aplikasi yang dibesarkan saiznya daripada aplikasi untuk telefon pintar, pada iPad Mini pula, ia sedia didatangkan dengan lebih 275,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya.

Dan dengan kelebihan ini, dan harga jualan yang mungkin hanya sekitar RM100 berbeza dengan Nexus 7, mungkin iPad Mini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna, sementara menantikan lebih banyak aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet hadir bagi para pengguna Android.

Iman Fitrah Manusia

Iman dan Fitrah


Konsep Iman dan fitrah.


Iman

ialah percaya dan yakin kepada Allah dengan pengakuan dihati, berikrar dengan lidah, dan melaksanakan dengan anggota terhadap segala perintah dan ajaran Allah S.W.T.

Fitrah

ialah perasaan naluri atau tabi’at semulajadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T seperti keinginan untuk makan, minum, berkeluarga, beragama, dan sebagainya.
Secara fitrahnya, manusia perlu kepada agama. Keadaan manusia yang bersifat lemah semangat perlu kepada bimbingan dan panduan daripada agama. Tanpa agama, manusia akan sesat, bahkan lebih sesat daripada binatang. Firman Allah:


179. ..mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

(Surah Al-A’raf:179)

Manusia perlu beriman kepada Allah. Kejadian manusia secara fitrahnya beriman kepada Allah. Firman Allah:


172. Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

(Surah Al-A’raf:172)

Ayat diatas menerangkan bahawa sejak di ‘alam ruh lagi manusia mengakui kewujudan Allah, sekalipun pada lahirnya mereka ingkar dan tidak beriman, tetapi pada fitrahnya mereka tetap mengetahui kewujudan Allah.

Islam agama fitrah


Secara fitrah, manusia perlu kepada agama. Beragama merupakan naluri terpenting yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sejak zaman berzaman. Naluri inilah yang menyebabkan manusia percaya kepada sesuatu kuasa mutlak yang dapat membantu mereka sama ada ketika susah atau senang.
Sebagai buktinya, manusia zaman primitif memohon pertolongn daripada sesuatu seperti pokok, laut, gunung matahari dan sebagainya. Ini adalah kerana mereka percaya kepada benda-benda tersebut berkuasa memberikan pertolongan.
Islam adalah agama fitrah yang sesuai dengan fitrah manusia. Kesesuaian Islam dengan fitrah manusia adalah kerana ajaran-ajaran yang terkandung dalam Islam memenuhi keperluan manusia secara rohani dan jasmani.
Islam tidak hanya sesuai untuk sesuatu bangsa, tempat, masa dan keadaan sahaja, bahkan Islam sesuai untuk semua kaum, tempat, masa dan keadaan.

Antara akal dan nafsu manusia

Manusia dibekalkan dengan akal dan nafsu. Dengan akal manusia boleh berfikir untuk berusaha mendapatkan keperluan hidup seperti makanan dan minuman. Akal juga dapat digunakan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

Selain itu manusia dibekalkan dengan nafsu yang sering mendorong manusia ke arah yang salah. Oleh itu, segala keinginan nafsu hendaklah dipertimbangkan dengan akal.

Iman Semut VS Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahulam.

Ajaran Sesat

Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang ajaran sesat.

PENGERTIAN AJARAN SESAT
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.
KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadil
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.


Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.


Cinta Kerana Allah

Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.

Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

«إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:


«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»


Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

«لاَ يَجِدُ أَحَدٌ حَلاَوَةَ اْلإِيمَانِ حَتَّى يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ...»

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata:

«يَا رَسُولَ اللهِ، الرَجُلُ يُحِبُّ القَوْم لاَيَسْتَطِيْعُ أَنْ يَعْمَلَ بِأَعْمَالِهِم، قَالَ: أَنْتَ ياَ أَبَا ذَرٍ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ. قَالَ: قُلْتُ فَإِنِّي أُحِبُّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ يُعِدُها مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ»

Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ أَعْطَى ِللهِ وَمَنَعَ ِللهِ وَأَحَبَّ ِللهِ وَأَبْغَضَ ِللهِ وَأَنْكَحَ ِللهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ»

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim).

Manifestasi Cinta kerana Allah

1. Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

«إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ»

Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.

2. Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَنْ دَعَا ِلأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ»

Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).

3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda:
«لاَ تَنْسَنَا يَا أَخِيْ مِنْ دُعَائِكَ»

“Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”

4. Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللهُ تَعَالَى لَهُ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ، قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا عَلَيْهِ؟ قَالَ: لاَ، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللهِ تَعَالىَ، قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ»

Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”

5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.

6. Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ لَقِيَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ بِمَا يُحِبُّ لَيَسُرَّهُ بِذَالِكَ, يُرِهِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.

7. Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

«لاَتَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْأً، وَلَوْ أَنْ تَلْقَي أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ »

Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (HR. Muslim).

8. Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
«وَتَهَادُوْا تَحَابُّوْا»

Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai. (HR. Bukhari).

9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيْبُ عَلَيْهَا»

“Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya. “

Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ»

Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.

10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ اللهَ التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفِرْقَةُ عَذَابٌ»

Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.

11. Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata:

«اِشْفَعُوْا فَلْتُؤْجَرُوْا وَيَقْضِي اللهُ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا شَاءَ»

Belalah dia, maka kalian akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki. (HR. Bukhari).

12. Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ اعْتَذَرَ إِلَى أَخِيهِ بِمَعْذِرَةٍ فَلَمْ يَقْبَلْهَا كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ خَطِيئَةِ صَاحِبِ مَكْسٍ»

Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.

13. Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.

14. Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

«حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ»

Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.”


Khatimah

Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah:

KESAN HADITH PALSU DAN DHAIF TERHADAP KEHIDUPAN MUSLIM

Assalamualaikum

Hari ini nak bercerita tentang Hadis Dhaif dan Palsu.

Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih sebagaimana diterangkan melalui kajian para ulama hadith. Ini menjadikan hadith dhaif adalah hadith yang tidak dapat dipastikan adakah ia benar-benar bersumber daripada Rasulullah SAW. Para ulama hadith menegaskan bahawa hadith dhaif tidak digunakan dalam soal hukum-hakam dan aqidah. Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang sememangnya rekaan dan disalah anggap sebagai hadith Rasulullah SAW.

Apabila ulama hadith mengemukakan pendapat tentang sesuatu hadith sebagai dhaif, mereka akan mengemukakan bersama hujah atau bukti bahawa hadith itu adalah dhaif. Begitu juga apabila mereka menyatakan tentang kepalsuan sesuatu hadith, mereka akan memberikan bukti kukuh kenapa hadith itu diberikan gelaran palsu. Sikap ini perlu kita contohi. Ini membuktikan mereka adalah pengkaji, bukannya menggunakan hati, ilham, mimpi atau apa sahaja cara yang tidak dinilai sebagai kajian.

Sekadar pembacaan yang saya lakukan, sememangnya ada hadith dhaif dan palsu yang tidak bercanggah dengan Al Quran dan hadith sahih, wallahu alam. Dalam hal ini, kita boleh menyebut lafaz dan maksud hadith tersebut dengan syarat kita tidak menyatakannya sebagai sabda Nabi atau hadith Nabi. Contohnya seperti:

1. tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad,

2. sabar itu separuh daripada iman,

3. hikmah/ilmu itu adalah hak milik orang beriman yang hilang, maka di mana saja dia menemuinya,dialah yang berhak menggunakannya,

4. dunia itu ladang akhirat,

5. dunia itu sesaat (satu tempoh masa yang singkat) maka isilah ia dengan taat, dan lain-lain lagi.

Namun begitu, terdapat hadith dhaif dan palsu yang membawa maksud bercanggah dengan apa yang telah ada di dalam Al Quran serta hadith sahih. Ada juga hadith dhaif dan palsu yang menyusahkan dan membebankan. Ada juga yang membawa maksud yang pelik dan bertentangan dengan fakta juga logik akal. Apalah yang hendak disusahkan, gunalah hadith-hadith sahih maka selesailah segala kekusutan dan masalah, insya Allah.

Menurut salah seorang pengkaji hadith masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah: Hadith-hadith palsu itu telah memberi kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti aqidah, ibadah, akhlak, pemikiran, sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam dan kebersihannya. Dan usaha untuk membebaskan diri daripada hadith-hadith palsu ini sangat susah dan memerlukan kepada pembacaan yang berterusan dan peringatan yang tidak putus.

(Muqaddimah tahqiq buku al Mashnu Fi Marifat al Hadith al Maudhu karya Ali al Qari, muka surat 6, cetakan Maktab al Mathbuat al Islamiyyah).

Menurut seorang lagi pengkaji hadith masa kini, Syeikh Syuaib al Arnaouth, penggunaan hadith-hadith dhaif boleh membawa kepada sikap al ghuluw (melampau) dalam agama dan membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar tentang mudahnya Islam.

(Al Adab al Syar;iyyah karya Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 289, nota kaki no.1, cetakan Muassasah al Risalah)

Di sini saya kemukakan beberapa contoh hadith dhaif dan palsu yang demikian sifatnya. Contoh-contoh ini dipilih daripada buku-buku seperti berikut:

1. Riyadhussolihin karya al Nawawi tahqiq Syuaib al Arnaouth,

2. Sunan al Daraquthni tahqiq Syuaib al Arnaouth,

3. al Mashnu Fi Marifat al Hadith al Maudhu karya Ali al Qari tahqiq Abd. Fattah Abu Ghuddah,

4. Silsilah al Ahadith al Dhaifah karya al Albani,

5. al Mughni An Haml al Asfar (takhrij buku Ihya Ulumiddin karya al Ghazali) oleh al Iraqi,

6. al Subul al Sawiyyah Fi Ma La Yashihhu Min al Ahadith Fi al Adab al Syariyyah karya Zakariyya Ibn Ghulam Qadir al Bakistani

7. 20 Persoalan Asas Tentang Hadis Adlan Bin Abd. Aziz, akan diterbitkan oleh Jahabersa, insya Allah.

Huraian lanjut boleh didapati dalam buku-buku tersebut dan juga buku-buku lain yang membicarakan tentang hadith-hadith dhaif dan palsu. Hadith-hadith berikut mempunyai kesan buruk dalam pelbagai aspek yang berlainan. Saya tidak menghuraikan kesan buruk tersebut memandangkan ia boleh kelihatan dengan jelas hanya dengan membaca maksud hadith dhaif atau palsu tersebut:

1. Seorang suami tidak disoal kenapa dia memukul isterinya Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain lagi dengan sanad yang mengandungi dua periwayat yang tidak dipercayai. Susah juga nasib isteri jika suami menggunakan hadith ini sebagai hujah. (Riyadhussolihin, no.68)

2. Sesiapa yang berbuka puasa di bulan Ramadhan tanpa sebab maka dia tidak dapat menggantikannya walaupun berpuasa seumur hidup/ maka hendaklah dia menggantikannya sebanyak sebulan riwayat Ahmad dan lain-lain lagi. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang dhaif. (Sunan al Daraquthni, no.2404).

3. Makan di pasar satu kehinaan riwayat al Thabarani dalam Mujam al Kabir dan lain-lain lagi dengan beberapa sanad yang semuanya mengandungi periwayat-periwayat yg bermasalah. (al Subul al Sawiyyah, m/s 7)

4. Apabila makan, mulakan dengan garam dan akhiri juga dengan garam kerana garam itu ubat bagi 70 penyakit riwayat al Harith dalam musnadnya dengan sanad yang mengandungi pendusta dan orang yang tidak dikenali. (al Subul al Sawiyyah, m/s 9). Terdapat juga riwayat lain yg menyebut bahawa makan garam boleh menyebabkan pemakannya selamat daripada 360 penyakit! (al Mashnu, m/s 74)

5. Makan dua kali sehari termasuk dalam pembaziran riwayat al Baihaqi dengan sanad yang bermasalah (periwayat yg dhaif, penipu dsbgnya). Ia turut dilabelkan sebagai dhaif oleh al Iraqi dalam takhrij Ihya Ulumiddin. (al Subul al Sawiyyah, m/s 10). Ada lafaz lain yang menyebut: apabila kamu makan makanan yang kamu ingini juga termasuk dalam pembaziran riwayat Ibn Majah dengan sanad yang mempunyai periwayat dhaif, majhul dan juga mudallis. Ia turut dinilai dhaif oleh al Bushairi dalam Zawaaid Ibn Majah. (al Subul al Sawiyyah, m/s 15).

6. Ketika makan, kita dilarang melihat makanan yang diambil oleh orang lain riwayat al Khathib al Baghdadi dalam buku al Tathfil dengan 2 sanad yang mempunyai pelbagai masalah dari segi periwayatnya dan sanadnya yang tidak bersambung. (al Subul al Sawiyyah, m/s 40-41).

7. Keberkatan sesuatu makanan ialah apabila kita berwudhuk sebelum dan selepas makan riwayat al Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain lagi dengan sanad yang mempunyai periwayat yg dhaif. Al Tirmizi turut menyatakan hadith ini dhaif ketika meriwayatkannya. Hadith ini turut didhaifkan oleh al Zahabi dan Abu Hatim. (al Subul al Sawiyyah, m/s 48-49)

8. Sesiapa yang solat tetapi masih mengerjakan perbuatan mungkar, maka solatnya akan menjadikannya lebih jauh daripada Allah riwayat al Thabarani dan al Qudhooi dengan sanad yang mengandungi periwayat yg dhaif. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.2).

9. Allah tidak akan menyiksa orang-orang yang cantik wajahnya riwayat al Dailami dan lain-lain. Sanadnya mengandungi periwayat-periwayat yg tidak dikenali lagi dhaif. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.130).

10. Perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin ialah serban di atas kopiah riwayat Abu Daud, al Tirmizi dan lain-lain lagi. Sanadnya dhaif seperti kata al Tirmizi. (Al Mughni, no.2461).

11. Hadith qudsi, Firman Allah: Sesiapa yang berhadas tetapi tidak berwudhuk atau berwudhuk tetapi tidak solat atau solat tetapi tidak berdoa, sesungguhnya dia telah mengabaikanKu (tidak beradab) hadith palsu. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.44).

12. Sesiapa yang menunaikan haji tetapi tidak menziarahi kuburku, sesungguhnya dia telah mengabaikanku (tidak beradab) hadith palsu sebagaimana kata al Soghoni, al Zahabi, al Zarkashi dan al Syaukani. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no. 45).

13. Bermesyuaratlah dengan wanita tetapi jangan ambil keputusan mereka hadith palsu. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.430).

14. Larangan mengajar wanita menulis riwayat al Baihaqi dalam Syuab al Iman dan lain-lain lagi. Al Baihaqi sendiri mengkritik hadith ini. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang pendusta. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.2017).

15. Kebanyakan ahli syurga adalah mereka yang bodoh riwayat al Bazzar dan lain-lain lagi. Ia hadith yang mungkar (sangat dhaif) seperti mana kata al Iraqi. (al Mughni, no.2586).

16. Seseorang yang menjadi imam dipilih berdasarkan kecantikan rupa parasnya disebut oleh al Suyuthi dalam al Laali al Mashnuah. (al Mashnu, no.405).

17. Setiap bidah itu sesat kecuali bidah dalam ibadah riwayat al Dailami dengan sanad yang mempunyai dua orang yang pendusta. (al Mahsnu no. 226).

18. Seseorang hamba tidak akan dapat mencapai tahap orang bertaqwa sehinggalah dia meninggalkan sebahagian perkara yang halal kerana risau membawa kepada perkara yang haram riwayat Tirmizi dan lain-lain. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang dhaif. (Riyadhussolihin, no.596).

19. Sesiapa yang tidak menunaikan haji sedangkan dia mampu, dia berkemungkinan mati dalam keadaan sebagai Yahudi atau Kristian riwayat al Tirmizi dan didhaifkan oleh al Tirmizi, al Albani serta lain-lain lagi. (20 Persoalan Asas Tentang Hadis, soalan no.9).

20. Berbual hal keduniaan di masjid boleh menghilangkan pahala hadith palsu. (20 Persoalan Asas Tentang Hadis, soalan no.20)

Cuba kita bayangkan mereka yang bertemu dengan hadith-hadith seperti di atas dalam keadaan tidak tahu dan mereka menyangka hadith-hadith tersebut sahih. Bagaimana agaknya pemikiran dan amalan mereka serta pandangan mereka terhadap Rasulullah, hadith-hadithnya dan ajaran yang dibawa oleh Baginda? Di sinilah terletaknya kepentingan mengetahui kesahihan sesuatu hadith dan membezakan di antara hadith-hadith sahih daripada hadith-hadith palsu dan dhaif.

Kajilah kesahihan hadith walau sekadar bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu. Sekiranya mampu, carilah pendapat ulama hadith terdahulu dan masa kini. Sekiranya lebih mampu, kajilah sumber dan sanad sesuatu hadith. Menurut salah seorang ulama hadith terkenal, Abdullah Ibn al Mubarak, di dalam hadith sahih sudah ada segala yang mencukupi tanpa perlukan kepada yang dhaif. (muqaddimah al Subul al Sawiyyah).



Tutty Fruity Cake

TUTTY FRUITY CAKE

Bahan 1
600 ml putih telur
275 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
14 gm ovalet

Bahan 2
Campur dan Ayak
300 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan 3
75 gm magerin cairkan

Bahan 4
Pewarna kuning dan paste oren
Pewarna merah dan paste strawberry
Pewarna hijau dan paste lemon
Pewarna coklat dan coklat emulco

Bahan 1- pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula pasir sedikit demi sedikitsambil terus memukul. Tambahkan ovalet dan garam dan pukul lagi hingga kembang dan kental.
Masukkan bahan 2 yg telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
Tuangkan bahan 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian diletakkan paste dan pewarna ikut kegemaran.
Sediakan loyang berukuran 30 x 10 x T4cm yg telah disapu dgn sedikit butter dan dialas dasar loyang dgn kertas minyak.
Tuangkan 1 bahagian adunan bewarna ke dalam loyang, ratakan dan kukus ke dalam bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus kek selama 15 minit (untuk 1/2 adunan yg ita buat ita tuangkan setiap lapisan sebanyak 150 gm)
Setelah masak satu lapisan, tuangkan lagi adunan yg kedua dan ulangi langkah yg sama untuk setiap adunan sehingga habis dan masak sepenuhnya.
Angkat dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.



Kenapa Ada 4 Mazhab

Assalamualaikum
Kenapa Islam Ada 4 Mazhab

Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Dan Syi’ah itu bukan mazhab ke-5. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu shj. Mazhab berbeza dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tdk boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.