Assalamualaikum,
Tahun ini aku mempunyai dua bilik, satu bilik guru yg biasa, satu lagi bilik peperiksaan. Pagi td mengemas bilik peperiksaan dgn bantuan Zalina, kerani reso. Terjumpa tikus mati lah pulak, apalagi menjerit lah aku...ketawa je Ina tgk aku. Tak lama, setengah jam dah siap. Duduk sorang2..berfikir mcmna nak rancang meeting hari jumaat ni. Pembahagian tugas, failing dan jadual tugasan. Asyik jadi ketua je kdg2 bosan juga.
Lepas habis kelas, masuk bilik guru...hai asyik mengemas je. Seronok jugak byk masa dgn buku2. Lapar sgt hari ni...keluar beli mknn. Lupa pulak, td ada celebrate hari lahir si budak manje Atikah Hamdan 5 zuhal. Dr pagi dia masam sbb kena buli dgn kwn2...tgk kek baru senyum. Inilah kelas puteri ting5 yg aku ajar...ptg penuh dgn aktiviti koko, badan rasa lebih dan berpeluh2, first time jd guru penasihat puteri islam. Seronok rupanya...
Wednesday, 16 January 2013
Monday, 14 January 2013
Pelantikan Gergasi Pimpinan Pelajar- PRS PPS BADAR & PP
Assalamualaikum,
Perhimpunan kali ini tumpuan kepada Perlantikan badan2 tertinggi dalam PRS, PPS, BADAR dan PP. Bermula dari 7.45 pagi pelantikan dimulakan dgn Pembimbing Rakan Sebaya, PPS, BADAR dan PP. Syabas kpd semua. Semoga tahun ini membuka lembaran baru supaya melangkah lebih kemas berjaya. Beberapa perjuanganku tahun lepas menampakkan hasil. Antaranya PP dah berseluar/kain hitam dan blazer hitam. Badar punya berjaya diperkasakan dgn jawatan tidak bertindih dengan PP. dan yg paling terharu berjaya membawa uniform hijau itu menjadi milik Badar selamanya. Aku memerhati satu persatu. Hati rasa sebak dan sayu....aku tidak lagi berada di atas pentas itu lagi. Mcm2 perasaan datang... mengimbau kenangan2 tahun lalu. Dan akhirnya aku tersenyum sendiri. Sumpah aku tidak ingin menjejakkan kaki ke dunia itu lagi. Cukuplah yg sudah berlalu. Sesungguhnya kenangan memang amat berharga, menjadi benteng yg amat luar biasa dlm diri ini untuk mengharungi hari2 akan datang.
Sekian.

Friday, 11 January 2013
Merentas Desa
Assalamualaikum.
Pagi ini diadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Pukul 8 pg pelajar puteri dah berkumpul sbb mereka akan lari dahulu. Sarapan pagi utk guru disediakan. Pada pukul 8.30 pg, larian kelas satu bermula. Begitulah seterusnya.
Duty kali ini menjaga checkpoint no 4 bersama Kuza, atas hal yg x dpt kecemasan, Razana x dpt ikut serta. Co dekat rumah Din, bekas pengusaha Dewan Makan Smap, apalagi boraklah. Siap buat air dan mkn biskut lagi. Kuza siap ambil daun pandan. Kebetulan Zuzi dan 2 putera dtg nak edar barang cp. meriahlah.
Oleh kerana jaga cp utk putera je pukul 9.45 semua dah selesai. Apalagi kami pun baliklah ke rumah masing2. Ada org tanya mana kamera? Sori lah tahun ini no kamera, menyusahkan hidup aku je.

Kenapa Jiwa Rasa Tertekan dan Tidak Tenteram
Assalamualaikum
JIKA ada alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu bernama 'hati'. Allah menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia.
Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri. Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya?
Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkaikan penyebab kesedihan itu. Akhirnya, ditemukan jawapan empat punca iaitu kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu:
1. Suka Membuang Masa
Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia bahkan boleh membunuh.
Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian; Satu untuk Allah , kedua bagi dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya. Ketiga untuk keluarga dan umatnya.
Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku. Begitu juga apabila suka iktikaf di masjid mendengar syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.
Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan yang baik atau buruk. Kawan yang jahil atau soleh, keadaan yang mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya.
Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam keadaan jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.
2. Sifat dengki dan mengikut nafsu
Ada orang yang apabila melihat ke atas dia berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.
Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang.Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah , jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah telah memberi jumlah yang banyak tidak terhitung?
Sejak dari rahim ibu lagi rezeki telah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua-dua mata, kaki dan tangan dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.
3. Melupakan Allah
Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah al-Hasyr, ayat 19 Allah berfirman;
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya; Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah . Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.
Orang yang melupakan Allah mempunyai ciri seperti berikut:
-Harinya dilalui tanpa ibadat.
-Lupa berzikir.
-Mengabaikan sembahyang
-Tidak membaca ayat al-Quran.
-Menjauhi ilmu.
4. Meninggalkan Amal Soleh
Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata hidup makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah , dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah . Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."
Firman Allah dlm Surah Al-A'raf, ayat 179;
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, semua Itu bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

Kelebihan Membaca al-Quran
Assalamualaikum
1. Al Quran menjadi pelindung kepada kita di akhirat kelak.
2. Pembaca & Pendengar ayat-ayat suci Al Quran,Allah akan memudahkan segala urusannya didunia dan akhirat.
3. Allah memudahkan segala urusan pembaca & penghafal Al Quran didunia & akhirat.
4. Segala urusan akan menjadi lancar dan mendapat ketenangan hati setiap masa.
Rezeki tidak putus-putus selagi mana mengamalkan membaca kitab Al Quran.
5. Barang siapa yang mendengar ayat-ayat suci Al Quran akan mendapat 1 kebajikan dan pembaca Al Quran akan mendapat 100 kebajikan.
6. Sesiapa yang membaca surah yasin dipagi hari,segala hajatnya akan dihajati.
Wajahnya akan berseri seri seperti cahaya,cahaya itulah cahaya Al Quran.
7. Sesiapa yang menghafal dan mengamalkan surah Al Mulk,nesacaya akan terhindar dari seksa kubur dan perbuatan sihir.
8. Kerugian yang tidak membaca Al Quran!
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
9. 3 hari tidak membaca Al Quran,akan ada satu titik hitam dalam hati.
10. Tidak mendapat syafaat daripada Al Quran di akhirat kelak.
Orang yang rugi adalah orang yang tidak mahu membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran Al Karim kerana Al Quran akan menjadi pelindung kepada umat Nabi s.a.w di kubur & akhirat kelak kerana salah satu soalan dalam kubur adalah Apakah Kitabmu?Hanya pembaca & pendengar yang akan dapat jawab Al Quran KitabKu! Allahualam..
-masih ada yang tidak tahu bila Al Quran diturunkan-
"Aku Beriman Dengan Al Quran"
Wan Farhan di 11:28 PM

Saturday, 5 January 2013
Aurat Wanita di hadapan Wanita bkn Islam
Assalamualaikum
Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;
a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.
c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.
Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;
a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).
b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.

Apple : Mengapa iPad Mini Lebih Baik Berbanding Tablet Android?
— Diterbitkan pada October 24, 2012
Ketika pengenalan iPad Mini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Apple, adalah mengapa tablet bersaiz 7.9-inci mereka lebih baik berbanding pesaing mereka yang menghasilkan tablet dengan saiz lebih kurang sama tetapi menggunakan platform Android.
Aplikasi natif, bukannya dibesarkan daripada saiz telefon pintar.Apple memfokuskan kepada pengalaman penggunaan melalui iPad Mini, dimana membolehkan ia digunakan dan dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja, berbeza dengan iPad biasa. Dalam kebanyakkan perbandingan yang dilakukan, Apple membandingkan ia dengan Nexus 7 daripada Google yang dijual pada harga RM999 di Malaysia.
Menurut Apple, melalui peranti mereka yang bersaiz sedikit besar itu, ia membolehkan para pengguna mempunyai keluasan skrin yang lebih besar, dan melihat lebih banyak kandungan pada sesuatu masa. Walaupun ia sesuatu yang sedia maklum memandangkan iPad Mini membawakan saiz skrin lebih 0.9-inci berbanding Nexus 7, Apple kelihatan memfokuskan kepada rekabentuk kerangka luar mereka yang lebih nipis bahagian tepinya berbanding dengan Nexus 7.
Namun, salah satu kelebihan pada iPad Mini semestinya pada sokongan aplikasi mereka. Berbeza dengan tablet Android yang masih bergantung kepada kebanyakkan aplikasi yang dibesarkan saiznya daripada aplikasi untuk telefon pintar, pada iPad Mini pula, ia sedia didatangkan dengan lebih 275,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya.
Dan dengan kelebihan ini, dan harga jualan yang mungkin hanya sekitar RM100 berbeza dengan Nexus 7, mungkin iPad Mini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna, sementara menantikan lebih banyak aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet hadir bagi para pengguna Android.

Subscribe to:
Posts (Atom)