Ulama telah sepakat mengatakan bahawa darah Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin.Ulama berbeza pendapat dalam bab darah yang keluar sebelum bersalin kepada 3 pendapat :
Mazhab syafie dan Maliki: Ia adalah darah haid
Mazhab Hanafi dan Hanbali : Darah Istihadhah
Sebahagian Ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak.
Imam an-Nawawi menukilkan :
فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض
Maka apabila wanita yang sedang hamil melihat darah (yang keluar), yang dikatakan sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur.Berkata pengarang kitab Al-Hawi , Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain : Qaul Jadid ( Pendapat yang baru ) Imam as-Syafie iaadalah darah Haid, dan Qaul Qadim ( Pendapat yang lama ) mengatakan ia bukan darah haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sahih mengatakan ia adalah DARAH HAID.
( Al-Majmu’ Imam Nawawi : 1/412)
Maka , jika dilihat pada pandangan Imam as-Syafie ini , seseorang yang keluar darah sebelum bersalin tidak diwajibkan solat dan puasa.Ini adalah Ijtihad Imam Syafie dan ulama-ulamanya ( Syafi’iyyah )
Manakala Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah :
Kesimpulan dari Fatwa tersebut ialah :
1.Jika darah yang keluar tidak disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin , maka darah tersebut ialah darah kotor.Maka pada ketika itu masih lagi ditaklifkan dengan tuntutan ibadah samada puasa atau solat.
2.Manakala jika ianya disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti rasa sakit dan sebagainya , maka darah itu dikira sebagai darah nifas dan tak wajib bagiinya untuk puasa dan solat.Ia wajib mengqada’ puasanya sahaja selepas suci ( selesai wiladah )
Sumber link : http://www.islam-qa.com/ar/ref/6944
Mengenai status darah tersebut , pendapat yang rajih ialah pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah adalah yang lebih hampir berikutan terdapatnya kajian kedoktoran yang menunjukkan darah haid tidak akan keluar ketika seseorang wanita itu mengandung.
No comments:
Post a Comment