Saturday, 29 December 2012

Genting oh genting

Assalamualaikum
29-30 dis kami ke Genting bersama dua anak perempuan. Yg lelaki biase lah x nak ikut. Ptg tu kami memulakan perjlnn dengan kereta Suzuki je sbb senang bw kete manual. Slps check in kt dhill inn dan solat asar, kami naik ataslah. Tgk theme park tp anak2 tak nak masuk, lg pun dah ptg sgt. Pergi kat Arena of World, masyaAllah ramainya manusia. Mcm ada dunia lain pulak. Sempat jugak dah tangkap beg tgn Carlo Rino latest disign kt situ. Hehe...baru seronok nak brjln. Bagus jgak tmpt ni, ada surau tp tak ramai yg solat pun. Barang kt sini mahal lebih sikit dr tmpt lain. Mkn kt pizza hut, yg biase kami mkn rm50 jadi rm70...hmm...mcm tulah. Dah penat jln jauh, kami pun balik ke hotel, tp kt hotel wifi tak sampai ke bilik, geram betul.

Keesokan hari, pagi2 kami keluar jln2 sekitar hotel..sejuk jugaklah. Lps tu breakfast kt restoran pelangi dekat hotel seri malaysia. Sedap masakannya. Selepas mandi, kami siap2 ke Strawberi Park. Ada 2 tempat yg kami pergi. Puas hati jugaklah tmptnya yg luas dan bersih. Anak2 petik buah strawberi. Sblm balik sempat beli sayur2 dan cendawan. Lps tu kami bertolak balik sbb byk tmpt kenduri nak kena pergi. Sampai rumah pukul 11.45 pagi. Sekian





















































Friday, 28 December 2012

Hukum bercinta

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi saw dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah saw: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

(الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف(. أخرجه البخارى (3/1213،3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Jangan bimbang jika hati dah suka, cuma kalau tak mampu, try tahan diri dari couple (dating2,manja2, dan aktiviti yang sewaktu dengannya)...

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

Berpuasalah.. Buat benda-benda baik...Jaga solat..sebab solat jaga diri dari buat benda haram...
tapi kalau mampu dan dah tiba masanya, kahwin je lah.. =) Mudahnye Islam.. Masyaallah!

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [QS Ar-Rum: 21]

Taken from: This BLOG that is from this NOTE that is from website Amal Maahad.

Correct me if m wrong.. Wallahu'alam..

Tawasul Yg Dibenarkan

Assalamualaikum.
Tawassul ialah melakukan wasilah, iaitu melakukan apa yang dapat mendekatkan diri kepada sesuatu. Tetapi istilah tawassul sering dimaksudkan dengan erti berdoa kepada Allah dengan perantara.

TAWASSUL MASYRU’
Tawassul ada yang diajarkan oleh agama, yang disebut dengan istilah tawassul masyru’ (tawassul yang disyari’atkan), sehingga dapat diamalkan. Ada juga yang tidak diajarkan oleh agama, sehingga tidak boleh diamalkan, karena tawassul termasuk ibadah, sedangkan ibadah haruslah berdasarkan tuntunan. Tawassul yang tidak ada tuntunannya ini disebut tawassul mamnu’ (tawassul yang terlarang).

Adapun jenis-jenis tawassul masyru’ -secara ringkas- adalah:

1. Tawassul/berdoa kepada Allah dengan menggunakan perantara nama Allah atau sifatNya.
وَللهِ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu” [Al A'raaf 7:180]

2. Tawassul/berdoa kepada Allah dengan menggunakan perantara amalan shalih yang dilakukan oleh orang yang berdoa.
رَّبَّنَآإِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَئَامَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ

“Ya Rabb kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu):”Berimanlah kamu kepada Rabbmu”; maka kamipun beriman. Ya Rabb kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakt”. [Al Imraan 3:193]

3. Tawassul/berdoa kepada Allah dengan menggunakan perantara doa orang shalih yang masih hidup.
عَنْ أَنَسٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ الهِِ ادْعُ الهَت أَنْ يَسْقِيَنَا فَتَغَيَّمَتِ السَّمَاءُ وَمُطِرْنَا حَتَّى مَا كَادَ الرَّجُلُ يَصِلُ إِلَى مَنْزِلِهِ فَلَمْ تَزَلْ تُمْطَرُ إِلَى الْجُمُعَةِ الْمُقْبِلَةِ فَقَامَ ذَلِكَ الرَّجُلُ أَوْ غَيْرُهُ فَقَالَ ادْعُ الهَا أَنْ يَصْرِفَهُ عَنَّا فَقَدْ غَرِقْنَا فَقَالَ اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا فَجَعَلَ السَّحَابُ يَتَقَطَّعُ حَوْلَ الْمَدِينَةِ وَلاَ يُمْطِرُ أَهْلَ الْمَدِينَةِ

“Dari Anas Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berkhotbah pada hari jum’at, lalu seorang lelaki berdiri dan berkata: “Wahai Rasulallah, berdoalah kepada Allah agar Dia memberikan hujan kepada kami”. Maka langitpun mendung, dan kami mendapatkan hujan, sehingga hampir-hampir lelaki tadi tidak sampai ke rumahnya. Terus-menerus hujan turun sampai jum’at berikutnya. Maka lelaki itu, atau lainnya, berdiri lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia memalingkankan hujan dari kami, karena kami telah kebanjiran”. Maka Rasulallah n berdoa: “Wahai Allah jadikanlah hujan sekitar kami, jangan kepada kami. Maka mulailah awan menyingkir di sekitar kota Madinah, dan tidak menghujani penduduk Madinah” [HSR. Bukhari]

TAWASSUL MAMNU’
Setelah menyebutkan ketiga jenis tawassul masyru’ di atas Syeikh Al-Albani rahimahullah berkata: “Adapun tawassul- tawassul selain ini, maka terjadi perselisihan. Sedangkan yang kami yakini dan kami jadikan agama kepada Allah adalah bahwa hal itu tidak boleh, tidak disyari’atkan. Karena tidak ada dalil padanya yang dapat menegakkan hujjah, dan telah diingkari oleh para ulama peneliti pada generasi-generasi Islam yang silih berganti. Walaupun sebagian ulama telah membolehkan sebagian (jenis) tawassul, imam Ahmad membolehkan bertawassul dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam saja, sedangkan imam Syaukani membolehkan bertawassul dengan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan dengan lainnya, dari para nabi dan orang-orang shalih, tetapi kami –sebagaimana kebiasaan kami di dalam seluruh perkara-perkara yang diperselisihkan- hanyalah mengikuti dalil yang ada, kami tidak fanatik pada manusia, kami tidak cenderung kepada seorangpun kecuali karena kebenaran yang kami lihat dan kami yakini. Sedangkan dalam masalah tawassul, kami melihat bahwa kebenaran bersama orang-orang yang melarang bertawassul dengan makhluk.

Dan kami tidak melihat dalil shahih yang dapat dipegangi bagi orang-orang yang membolehkannya. Dan kami menuntut mereka untuk membawakan nash shahih dan nyata dari Al-Kitab dan As-Sunnah tentang bertawassul dengan makhluk, tetapi sangat jauh mereka mendapati sesuatu yang menguatkan pendapat mereka, atau menyokong dakwaan mereka, kecuali kesamaran-kesamaran dan kemungkinan-kemungkinan, yang kami akan membantahnya setelah ini.” [Tawassul Anwa’uhu Wa Ahkamuhu, Al-Albani, hal: 46-47]

Tawassul- tawassul yang terlarang itu seperti: tawassul dengan kehormatan, kemuliaan, hak, kedudukan makhluk atau orang yang telah mati, baik dari kalangan nabi, orang shalih atau lainnya. copy paste http://ekspresidiri.wordpress.com/2012/07/19/bolehkah-tawassul-dengan-orang-mati/

Thursday, 27 December 2012

Pagi Yang Indah:Mutiara Kata

1- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Senyumanmu pagi ini terlalu indah bila diciptakan tanpa tujuan. mari sayang tujukanlah pada ku.

2- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Cinta yang tak pernah habis untuk dibicarakan, entah berapa ribu bahkan jutaan kata-kata mutiara tentang cinta untuk diucapkan.

3- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

4- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan .

5- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Ya Allah, bangunkanlah kami di pagi hari dengan dada yang lapang, nafas yang ringan, senyum yang damai dan rezeki yang baik.

6- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Selamat pagi. Setiap hari adalah permulaan awal yang baru, mari kita memulai sesuatu yang baru di pagi yang indah ini.

7- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Ketika bangun di pagi hari, bersyukur atas cahaya pagi, untuk hidup kita dan kekuatan. Bersyukur untuk makanan dan kegembiraan hidup. Jika kita tidak melihat alasan untuk bersyukur, kesalahan terletak dengan diri sendiri.

8- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Bersyukurlah untuk apa yang kita miliki, kita akan berakhir memiliki lebih.
Jika kita berkonsentrasi pada apa yang tidak kita miliki, kita tidak akan pernah rasa cukup.

9- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Doaku pagi ini adalah semoga pagi ini aku diberi berkah dan kekuatan untuk menjalankan aktiviti di luar sana.

10- Kata Mutiara Menyambut Pagi : Terimakasih Allah, kau telah memberiku nikmat tiada tara untuk melihat indahnya dunia di pagi hari.

Oh keretaku

Assalamualaikum
Rasa sayu hati ini bila tgk kereta Honda Edix utk kali terakhir. Terlalu banyak tempat kami dah pergi, terlalu byk kenangan pd kereta ini..akhirnya terpaksa dilepaskan juga. Huhu



Cara melupakan seseorang dengan cepat.

Ada banyak alasan mengapa kita harus melupakan orang yang kita sayang, Namun banyak yang berfikir bahwa melupakan orang yang kita sayang itu tidak mampu dilakukan dengan cepat,tetapi mungkin kita boleh mencuba cara yg berikut;

1. Cara yang pertama ialah berusaha menghilangkannya atau melenyapkannya dari dalam fikiran atau benak kita. Kunci utama disini adalah "Fikiran", kita harus menghilangkan bayangan orang yang disayang itu dari dalam fikiran kita terlebih dulu, dari sini akan ada pertanyaan lagi bagaimana cara menghilangkan bayangan seseorang itu?...

Cara untuk menghilangkan bayangan seseorang dari dalam fikiran kita adalah dengan menjauhkan atau membuang benda-benda atau hal-hal yang dapat membuat kita ingat kepadanya. Seperti gambar, hadiah, sms masuk darinya, nombor telefonnya, lagu yang membuat kita ingat kepadanya, tempat-tempat yang menjadi kenangan dan lain2, di mana bila kita melihatnya akan membuat kita terbayang dengan orang yang kita sayang tersebut. Kita harus menjauhkan benda-benda atau hal-hal tersebut sejauh mungkin dari penglihatan kita.

2. Jika cara menghilangkan bayangan orang yang kita sayang dari dalam fikiran di atas sudah kita lakukan, cara selanjutnya ialah membiasakan diri tanpanya. Membiasakan di sini maksudnya membiasakan agar bayangan orang yang kita sayang itu tidak lagi muncul di fikiran kita. Dari sini juga akan ada pertanyaan lagi, bagaimana cara membiasakannya??

Jawapannya sangat mudah, yaitu buatkan fikiran kita selalu sibuk. Ingat!! yang dibuat sibuk disini adalah "Fikiran" kita, bukan "Diri" kita. Banyak orang berpendapat bahwa agar cepat melupakan orang yang kita sayang itu harus menyibukkan diri, tapi sebenarnya jawapan seperti ini memang boleh membantu, tapi kurang spesifik.

Jika kita menyebutnya "Menyibukkan Diri" maka yang akan terlintas difikiran kita adalah "Bekerja", dan biasanya akan diteruskan bekerja tapi jika kita menyebutnya "Menyibukkan Fikiran" Maka bukan hanya bekerja saja, tapi luas, seperti; membaca buku, Menulis blog, Menulis, Menonton Tv, Bermain Game dan banyak lainnya.

Yang perlu diingat disini adalah:

Fikiran kita ini setiap detik menyimpan data, setiap 10 detik saja kita berfikir atau mengingat sesuatu, kalau dituliskan! Fikiran kita boleh menyimpan data sebanyak satu artikel yang sedang anda baca ketika ini, Bahkan boleh lebih banyak lagi!. So sekarang anda tau kan mengapa kita sukar melupakan seseorang. Sebab kita bukan hanya 10 detik mengingatnya, tapi berminit-minit, berjam-jam, berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan ada yang bertahun-tahun dan boleh dibayangkan kan berapa banyak data tentang si dia yang ada di otak kita.

Jika setiap detik fikiranmu "Selalu" dimasukkan data lain, maka data mengenai orang yang ingin kita lupakan itu akan semakin tertimbun, dan semakin sering kita isi dgn data lain, maka seluruh data tentang si dia yang ada di otak kita akan menghilang dan akan digantikan dengan data yang kamu isi.

Sering-seringlah mengisi masa dgn aktiviti lain, dengan begitu anda sedang mengisi data lain ke dalam otak. Dan semakin sering anda melakukannya, Si Dia akan menghilang dari ingatanmu!

Itu 2 cara yang paling cepat melupakan orang yang kita sayang yang boleh diterapkan dalam hidup Kita. Jika semuanya dikerjakan dengan benar dan bersungguh2! Biasanya kurang dari sebulan kita sudah boleh melupakan orang tersebut..sekian!

Tuesday, 25 December 2012

Rahsia Cinta Lelaki

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur dan ikhlas:

1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
9. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
10. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
11. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
12. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
13. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
14. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
15. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
16. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
17. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. Apabila timbul org ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
18. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
19. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..



Kenapa huruf kat keyboard tidak ikut susunan.

Assalamualaikum
Hari ni dpt ilmu baru, ambil dr blog orang.

# Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. So Scholes pun invent sistem QWERTY ni.

# Sebenarnya sistem QWERTY ni dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan ? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan, dan kita jadi lebih relaks bila menaip.

# Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, so kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan, dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar.

# Tapi u all perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai ? Huruf yang selalu kita guna memang dah terletak atas jari kita, huruf yang jarang guna pulak berada di hujung. Kalau korang selalu menaip in English, mesti perasan.

Saturday, 22 December 2012

Anak-anak saudara

Salam, pagi...
Smlm didatangi anak2 saudara yg kecik2. Riuh rendah dgn suara ketawa dan tangis. Bukan selalu dpt mcm ni. Hari juga semua kecuali danial akan ke Grik Perak, meraikan akad nikah uncle Ijat. Semoga selamat pergi dan kembali...



























Friday, 21 December 2012

Kereta Baru

Assalamualaikum! Morning
Hari ni nak cerita pasal kereta baru saya. Hmm...perasan ni. Petang smlm baru sampai. Kali ni kami pilih Toyota Hybrid Prius C 1.5cc. Maklumlah dah lebih 15 jenis kereta kami guna. Kereta ni separuh bateri separuh petrol. Jimat sgt2. Yang best lagi senyap enjinnya, mcm tak start enjin lagi sbb dia guna bateri.Kami isi minyak penuh, boleh guna hingga 928 km...isi penuh baru rm50. Jimat kan! So boleh lenjan ke mana2. Tu je lah cerita pagi ni.



Beg Tangan dan Beg Gadget baru...

Assalamualaikum,
Malam tu, 20 dis pergi ke Mines ramai2 nak cr hadiah ke2 utk Wan. Rupa2nya mahal beli Dell kt kedai rm2500, murah lg beli online, dlm rm 1900. So tak jadi beli. Tapi lain pulak yg beli. Umi beli beg baru....hihi!

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Assalamualaikum,
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Penggunaan Alkohol Semasa Solat
Ibadah
Fatwa kebangsaan 1 Jan, 1970

Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

Thursday, 20 December 2012

Wujudkan Stesen RnR Dalam Kehidupan

Seharian bekerja, belajar dan melakukan pelbagai aktiviti tentunya akan memenatkan dan meletihkan kita. Oleh itu, kita perlukan stesen atau check point persinggahan yang akan memulihkan kepenatan dan keletihan itu.

Justeru, mewujudkan stesen RnR dalam kehidupan kita amat penting. Stesen yg terdiri dari Rehat dan Rawat, Stesen Release dan Recharge.

Apakah stesen-stesen itu? Solat 5 waktu, al-Quran, Zikir, Majlis2 Ilmu dan muhasabah! Ia adalah tempat persinggahan yang meneduhkan hati dan melepaskan lelah kepenatan seharian.

Stesen RnR ada dimana-mana!

Mulakan Hari Kita Dengan Kebaikan

Hari yang bermakna, adalah permulaannya bercahaya. Bagaimana? Kita luncurkan hari kita dengan amalan soleh. Selepas Subuh, imarahkan hati dengan Al-Quran, Mathurat dan Dhuha.

Sebolehnya kita bangun awal sebelum Subuh. Menghirup udara pagi yang bersih dan segar akan memacu semangat yang luar biasa dan sama-sama hiasi pagi hari dengan Ibadah2 sunat.

Wednesday, 19 December 2012

Hadiah PMR

Assalamualaikum...
Lepas dpt result hari terus pergi GM ptg tadi. Sebelah mlmnya pergi Metropoint, anak2 nak mkn di Kenny Rogers. Sebelum tu beli hadiah utk org yg di rai....fuh kasut futsal...tak kalah harga rm198. Itu baru hadiah 1, yg ke 2 belum lagi. Tak mengapakah, sekali dlm hidupnya.