Saturday 15 June 2013

Hadis

Assalamualaikum. 

    Dalam menentukan martabat hadis haruslah ditinjau dari sudut perawinya, ianya terbahagi kepada 3 bahagian:

    1.HADIS SAHIH
    2.HADIS HASSAN
    3.HADIS DHOIF

    1. HADIS SAHIH
    Maksud = hadis yang diriwayatkn oleh perawi-perawi yang adil & dhabit iaitu tepat & kuat ingatan. Sanadnya pula bersambung-sambung serta tidak cacat & tidak Syaz ( janggal ) yang bermula dari awal hingga akhirnya.

    SYARAT HADIS SAHIH

    1. Perawinya bersifat adil. Maksud adil di sini ialah seseorang soleh & bertaqwa iaitu mempunyai ciri berikut:

    •mengerjakan suruhan & taat kepada ALLAH
    •tidak melakukan dosa-dosa besar
    •menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman
    •tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan dengan syarak
    •menjaga maruah, baik dari segi syarak mahupun adat

    konteks lain bersifat adil juga termasuk ia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan lima perkara :
    •berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah
    •bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah
    •keterlaluan dalam bergurau senda
    •membuang air kecil di jalan-jalan
    •makan di jalanan.

    2. Dhabit atau penjagaannya baik.
    Maksunya perawi yang kuat daya ingatan, cerdik dan faham sama ada berbentuk hafalan atau tulisan. Perawi itu dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa atau cuai.

    3. Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadisnya ditolak.

    4. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
    Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.

    5. Tidak terdapat kejanggalan @ syaz.
    Menurut Imam al Shafie, hadis syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.

    6. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkan.

     HADIS SAHIH BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 2 JENIS:

    1.SAHIH LIZATIHI

    Sahih Lizatihi, iaitu hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).

    2.SAHIH LIGHAIRIHI

    Sahih Lighairihi, yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. " (H.R Hasan).Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.

    HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
    hukumnya adalah wajib.

     2. HADIS HASAN

    Maksud = Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz, cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya.
    Hadis Hasan juga mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk sampai ke darjat SAHIH.

    SYARAT HADIS HASAN

    •perawinya bersifat adil
    •perawinya bersifat dhabit
    •sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat
    •tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
    •tidak ada sebarang ‘illah padanya iaitu tidak cacat.

    KEDUDUKAN HADIS HASAN

    •Menurut pendapat majoriti ulama dan ahli hadis, mereka bersepakat mengatakan wajib beramal dengan Hadis Hasan. Antara lain juga berhujah dengan Hadis Hasan Lizath dan Hasan Lighairih sama dengan Hadis Sohih.

    •Menurut pendapat majoriti ahli hadis seperti : Ibn Hibban, al-Hakim, Ibn Khazimah, kedudukan Hadis Hasan  adalah setaraf dengan Hadis Sahih. Walau bagaimanapun, mereka ini juga tetap meletakkan darjat HADIS SAHIH lebih tinggi dan mestilah DI UTAMAKAN terlebih dahulu apabila berlqaku pertentangan di antara keduanya.

    PEMBAHAGIAN HADIS HASAN
    1.HASAN LIZATIHI

    Hasan Lizatihi, iaitu hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.

    2.HASAN LIGHAIRIHI

    Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

    Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima dari
    1. Ishak bin Ibrahim, dari
    2. Itab bin Basir, dari
    3. Ubaidillah bin Abu Ziyad, dari
    4. Abu Zubair, dari
    5. Jabir,dari Nabi Muhammad s.a.w.

    Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nombor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.

    3. HADIS DHOIF

    Maksud = hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
    Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.

    SEBAB HADIS DHOIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH.

    •TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
    •TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
    •PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
    •SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
    •TERDAPAT KEJANGGALAN ATAU SYAZ

    Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya sebagai pemalsu hadis.

    "..Dalam madzhab Syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

    Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

    Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

    Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah..."

    PEMBAHAGIAN HADIS DAIF

    1.HADIS DAIF PADA SANAD
    –terbahagi kepada 2 ::

    * sanad tidak bersambung
    * kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.

    2.HADIS DHOIF PADA MATAN
    -hadis mauquf
    -hadis maqtu’


    SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF

    •daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
    •maksud yang terkandung didalam Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
    •Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
    • Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUM.. lebih-lebih lagi AQIDAH.

     JENIS-JENIS HADIS

    A.HADIS MUTAWATIR
    -mutawatir lafzi
    -mutawatir amali
    -mutawatir maknawi

    B.HADIS AHAD
    Terdapat 47 jenis.. antaranya..
    1. hadis masyhur
    2. hadis sahih
    3. hadis hasan
    4. hadis aziz
    5. hadis gharib
    6. hadis dah’if
    7. hadis maudu’
    8. hadis mutabi’
    9. hadis syahid
    10. hadis marfu’

    Bersambung...

    No comments:

    Post a Comment