Saturday, 31 January 2015

Surah alFathir ayat 32 dan 33


Artinya : 
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar.
Artinya :
(Bagi mereka) surga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera.

Mafhumnya terdapat 3 golongan manusia ketika dipadang mahsyar:
1. Orang yang menzalimi diri mereka sendiri, iaitu orang yang kesalahannya lebih banyak daripada kebaikannya.
2. Orang pertengahan, iaitu orang yang kebaikannya sebanding lebih kurang dengan kesalahannya.
3. Orang yang selalu bersegera berbuat kebaikan, orang yang kebaikannya banyak, dan sedikit kesalahannya.

Menjelaskan bahwa ummat Muhammad telah dipilih oleh Allah untuk mewarisi kitab suci Al quran. Dalam ayat yang 32  Allah menjelaskan terhadap keadaan mereka di akhirat nanti.

Umat Muhammad yang bakal masuk surga dibagi menhajdi 3 golongan :
1. golongan masuk syurga tanpa hisab, karena masa hidupnya selalu kompetitif dalam berbakti dan berbuat kebajikan. Contoh kisah saidina Abu Bakar. 

2. golongan masuk syurga yang melalui proses hisab yang mudah dan cepat, kerana pada masa hidupnya cukup kompetitif, tetapi masih suka meninggalkan yang sunnah. Manusia dikurniakan fitrah yang suka kpd kehidupan dunia.

3. golongan masuk syurga susulan. Kerana pada masa hidupnya tidak berjiwa kompetitif dalam berbakti dan berbuat kebajikan, di samping banyak melakukan kesalahan. Sedikit imannya. Mereka akan berada di Padang Mahsyar dalam tempoh yang lama dan itu juga merupakan satu siksaan (1 tahun sama dgn 1000 tahun)

Tuesday, 13 January 2015

Darah Tanda Yang Keluar Sebelum Bersalin

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa darah Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin.Ulama berbeza pendapat dalam bab darah yang keluar sebelum bersalin kepada 3 pendapat :

Mazhab syafie dan Maliki: Ia adalah darah haid

Mazhab Hanafi dan Hanbali : Darah Istihadhah

Sebahagian Ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak.

Imam an-Nawawi menukilkan :

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض

Maka apabila wanita yang sedang hamil melihat darah (yang keluar), yang dikatakan sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur.Berkata pengarang kitab Al-Hawi , Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain : Qaul Jadid ( Pendapat yang baru ) Imam as-Syafie iaadalah darah Haid, dan Qaul Qadim ( Pendapat yang lama ) mengatakan ia bukan darah haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sahih mengatakan ia adalah DARAH HAID.

( Al-Majmu’ Imam Nawawi : 1/412)

Maka , jika dilihat pada pandangan Imam as-Syafie ini , seseorang yang keluar darah sebelum bersalin tidak diwajibkan solat dan puasa.Ini adalah Ijtihad Imam Syafie dan ulama-ulamanya ( Syafi’iyyah )

Manakala Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah :

Kesimpulan dari Fatwa tersebut ialah :

1.Jika darah yang keluar tidak disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin , maka darah tersebut ialah darah kotor.Maka pada ketika itu masih lagi ditaklifkan dengan tuntutan ibadah samada puasa atau solat.

2.Manakala jika ianya disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti rasa sakit dan sebagainya , maka darah itu dikira sebagai darah nifas dan tak wajib bagiinya untuk puasa dan solat.Ia wajib mengqada’ puasanya sahaja selepas suci ( selesai wiladah )

Sumber link : http://www.islam-qa.com/ar/ref/6944

Mengenai status darah tersebut , pendapat yang rajih ialah pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah adalah yang lebih hampir berikutan terdapatnya kajian kedoktoran yang menunjukkan darah haid tidak akan keluar ketika seseorang wanita itu mengandung.

Saturday, 3 January 2015

Petua Kuruskan Badan Dengan Air Kosong

Assalamualaikum,

Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

- Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500ml

contoh pengiraan: 
Berat badan Ali ialah 75kg. 
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

- Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

contoh: 
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil

500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
- Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

- Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

- Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
Kopipes blog sheila rusly