Assalamualaikum,
Kali ini kita berbincang tentang bid'ah dalam Islam. Bid'ah ialah perkara dan perbuatan yg tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Kita tidak boleh menjadi taksub dalam perkara2 yg tidak jelas pemuafakatan hukumnya sama ada menerima atau menolaknya. Setiap ulama' berhujah dengan dalil2 mereka sendiri. Dan pastinya khilaf ulama' menjadi rahmat bagi umat ini. Bagi orang awam, hendaklah berpegang kpd fatwa dan persepakatan ulama' yg telah diputuskan.
Pada dasarnya Imam Syafie menggariskan bid'ah kpd 2 jenis sahaja iaitu mahmudah/hasanah dan mazmumah/sayyi'ah. Ada setengah ulama' membahagikan kpd 5 hukum yg asas iaitu wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Walau bagaimana pun Imam Syatibi membantah pembahagian ini kerana dlm kaedah Usul Fiqh, penentuan hukum mesti berlandaskan dalil kot'ie yg disepakati sebagai sumber hukum. Sedangkan perkara bid'ah tdk wujud di zaman Rasulullah SAW. Kalau boleh pun mungkin berdasarkan sumber Ijma' dan Kias.
Contoh bid'ah hari ini ialah seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW sewaktu hayat baginda?
Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh baginda tidak semestinya perlu ditinggalkan. Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan cerita Bilal bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhu' yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Rasulullah SAW atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh baginda tentang hal itu, Bilal yang seolah-olah mendahului ajaran Rasulullah SAW, baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya.
Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bid'ah yang sesat dan haram.
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Rasulullah SAW dan pada ketika Rasulullah SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Rasulullah SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah SAW bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya.
Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menaqalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Rasulullah SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Rasulullah tidak menguatkan suara ketika berzikir, bahkan menegur sahabat yg berzikir dgn kuat. Cuma pada zaman Khulafa' arRasyidin zikir lepas solat dibaca kuat. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih2 lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.
Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Rasulullah SAW dalam keadaan Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bid'ah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bid'ah yang sesat.
Kesimpulannya; Bid'ah boleh dilakukan jika menepati ciri2 berikut;
1. Tidak ada satu dalil pun yg melarangnya sama ada yg disepakati ataupun tidak disepakati secara kot'ie.
2. Jelas perkara tersebut untuk kebaikan secara individu dan masyarakat umum. Lebih2 lagi untuk tujuan mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah serta meninggikan syiar Islam.
3. Tidak melampau2 sehingga membelakangi perkara wajib yg ada dalil yg jelas ataupun yg membawa kpd haram seperti ada unsur2 pergaulan bebas atau khurafat.
4. Tidak menghukum bahawa perkara bid'ah tersebut wajib dilakukan tidak boleh tidak atau haram dilakukan sama sekali sedang tiada kejelasannya kaitan hukum tersebut. Sebaik-baiknya sentiasa bersederhana.
Wallahu A’alam.
No comments:
Post a Comment