Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berbicara tentang cinta remaja masa kini. Jatuh cinta memanglah hangat. Saya akui kerana saya pernah melaluinya. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding iman dan akal yang dikurniakan oleh Allah.
Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah pentarbiyahan yang pernah saya lalui mematangkan akal fikiran saya. Ia memberi banyak kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukanlah yang utama di dalam kehidupan yg singkat ini. Ada yang lebih utama dan perlu diutamakan.
Hari ini, hari-hari semalam, dan akan datang, saya tidak akan terkejut jika para remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta masing-masing. Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang dicintai. Sibuk dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman yg islamik yg sempurna katanya. Dalam laman sosial bermcm2 post dan tweet tentang ciri2 begitu dan begini. Nampak sangat hipokrit dan menunjuk2.
Wahai para remaja...sebelum masuk ke satu dunia baru, anda mestilah belajar dan kenal dunia itu terlebih dahulu.
1. Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.
Cinta dan kefahamannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Didikan awal bkn bermaksud menyuruh mereka kahwin awal, tetapi supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang salah, yang wujud di kiri dan kanan mereka ketika proses pendewasaan mereka.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari daripada filem2, drama2, novel2 dan sebagainya. Secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila perasaan cinta itu datang, secara automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak kecil lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syar'ie, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak syar'ie juga.
Kefahaman yg salah inilah yg menyebabkan mereka menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Mesti keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan dan bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah hingga ada yang tanpa segan silu upload gambar dirinya dan kekasihnya berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.
Rimasnya.
2. Memahalkan Diri.
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia. Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Harga yg mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga. Sebagai bekalan dan senjata persediaan mengharungi sebarang dunia baru. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah jadinya. Disepak terajang, tiada nilai apa2.
Berapa banyak buku ilmiah telah kita baca? Berapa banyak program dan aktiviti pemantapan minda dan rohani yang telah kita hadiri? Dalam dapatan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini peka dgn isu semasa? Bolehkah kita menguruskan wang? Bijakkah kita dalam meneruskan kelangsungan hidup ini? Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu/bapa, suami/isteri yang baik nanti? Macamana pula dgn perjuangan saudara2 kita yg memerlukan di luar sana? Masalah umat, politik dan sebagainya.
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal dan mempunyai nilai diri yg tinggi. Bukan sibuk dengan perkara2 yg belum berfaedah lagi kpd kita.
3. Cari Pengalaman.
Lihat semula diri dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita. Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita dan imbangilah perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Berilah peluang diri kita ‘membesar’ dengan sihat. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah yg sia2. Sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana, hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga? Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya!
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga. Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan. Ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini maju ke hadapan, bukan undur ke belakang. Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata. Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedangkan mati itu pasti menjemput kita. Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanyakan umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya. Marilah, mahalkan diri kita. Jadilah hambaNya yang berguna.
No comments:
Post a Comment