Assalamualaikum,
Setiap orang apabila ditanya apa dia mahu dalam hidup ini...rata2 akan menjawab mencari redha dan keberkatan dari Allah. Tapi ramai gagal menjawab dgn baik apa maksud berkat. Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tiada keberkatan. Antaranya:
1. Duit banyak, tapi cepat habis
Walaupun pendapatan bertambah, tapi asyik tidak mencukupi kerana duit banyak dihabiskan pada perkara yang sia-sia. Sepatutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun bertambah. Tapi sebaliknya, menjadi makin kedekut. Sedekah tidak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tapi tidak siap2.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tidak berjaya. Macam-macam usaha dibuat tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala dan tidak berjaya. Kalau ada yang menjadi pun, tapi tidak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tidak mendapat manfaat. Membaca banyak buku, tapi ilmu satu pun tidak lekat. Pandai memberi nasihat kepada orang, tapi diri sendiri tunggang langgang.
4. Masa banyak habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka dengan facebook, TV, borak kosong dengan kawan, main game dan
melepak. Tapi nak luang membaca al-Quran 5 minit sehari pun tidak mampu. Solat pun di akhir waktu dan tidak sampai 5 minit. Apalagi berzikir langsung tidak diamalkan. Malah berdoa untuk diri sendiri pun malas.
5. Hidup nampak resah gelisah dan tidak tenang. Mulut asyik merungut tentang itu dan ini, jarang bersyukur atau berterima kasih, ada sahaja yang tidak kena dan tidak berkenan di hatinya. Lebih buruk lagi sering menuding jari mencari2 salah org lain jika ada yg tidak puas hati. Dan tentu sekali org begini sukar menerima teguran dan nasihat. Hanya dia yg terbaik dan org lain selalu berada di bwhnya.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bankrap di akhirat nanti. Na’uzubillah.
No comments:
Post a Comment