Assalamualaikum,
Bila ada bekas pelajar bertanya kenapa kita disuruh berselawat ke atas Rasulullah SAW, saya pun terfikir utk menulis di sini. Selain dari sunnah dan ajaran yg Baginda tinggalkan..selawat merupakan satu2nya tanda ingatan kita kpd junjungan besar kita.
Selawat dlm bahasa Arab dari segi bahasa bererti doa, rahmat dari tuhan, memberi berkat dan ibadat. Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah, maksudnya hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya). Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya, maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmat dan berkatNya. Pengertian "Berselawat atas nabi s.a.w ialah "Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaanNya" Pengertian selawat malaikat kepada Nabi SAW adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianya kepada Nabi. Kesimpulannya :
-Selawat dari Allah - Allah memberi rahmat:
-Selawat dari malaikat - meminta keampunan
-Selawat orang mukmin - berdoa supaya diberi rahmat seperti perkataan " Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW"
Selawat kepada Rasulullah SAW adalah perintah dari Allah kepada hamba-Nya. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56 Allah berfirman:
إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Ertinya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
Hadis Rasulullah SAW maksudnya :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)
"Setiap doa adalah terlarang, sehingga berselawat atas Nabi SAW" (diriwayatkan ad Dailami)
" Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (diriwatkan an -Nasai dan Ibnu Hibban).
Diceritakan dari kisah Ubai bin Ka’ab datang bertemu Rasulullah SAW hendak bertanya tentang selawat. Ubai berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan selawat kepadamu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepadamu?” Baginda bersabda “Sebanyak yang hati kamu inginkan.” Saya bertanya lagi “Wahai Rasulullah, jika satu perempat?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu.” Tanya saya lagi “Jika separuh?” Baginda menjawab “Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu.” Saya bertanya lagi “Jika dua pertiga?” Baginda bersabda “Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik bagi kamu.” Lalu, saya berkata “Jika demikian, saya jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada tuan.” Baginda bersabda “Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu.”
( riwayat AtTermizi)
Selawat ke atas Rasulullah SAW menjadi syafaat, rahmat, berkat, dan penawar untuk menyelamatkan kehidupan seseorang baik di dunia mahupun di akhirat.
Berikut sebuah kisah yang tentang keajaiban selawat dari ulama besar, Imam Sufyan Ats-Tsauri.
Imam Sufyan Ats-Tsauri adalah pemimpin ulama-ulama Islam yang lahir pada tahun 77 H di Kufah pada masa khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Imam Sufyan ats-Tsauri menceritakan, “ Aku pergi haji. Ketika Tawaf di Ka’bah, aku melihat seorang pemuda yang tak berdoa apapun selain hanya berselawat kepada Nabi SAW. Sufyan bertanya: “Sesungguhnya engkau telah telah tinggalkan tasbih dan tahlil, sedang engkau hanya melakukan Selawat atas Nabi. Apakah ada bagimu landasan yang khusus?” Orang itu menjawab: “Siapakah engkau? Semoga Allah mengampunimu.” Sufyan menjawab: “Saya adalah Sufyan ats Tsauri”. Orang itu berkata: “seandainya kamu bukanlah orang yang istimewa di masamu ini nescaya saya tidak akan memberitahu masalah ini dan menunjukkan rahsiaku ini”. Kemudian orang itu berkata kepada Sufyan: “Sewaktu saya mengerjakan haji bersama ayahku, dan ketika berada dekat kepalanya ayahku meninggal dan mukanya nampak hitam, lalu saya mengucapkan “innalillah wa inna ilahi rajiun” dan saya menutup mukanya dengan kain.
Kemudian saya tertidur dan bermimpi, di mana saya melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih dan mengusap muka ayahku, lalu muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih. Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas saya pegang pakaiannya sambil bertanya: “wahai hamba Allah siapakah engkau? Bagaimana lantaran kamu Allah menjadikan muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?.
Orang itu menjawab: “apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah yang membawa al-Quran. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang melampaui batas (banyak dosanya) akan tetapi ia banyak membaca selawat atasku.
Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku, maka akupun memberi pertolongan kepadanya, kerana aku suka memberi pertolongan kepada orang yang banyak memperbanyak Selawat atasku”. Setelah itu saya terbangun dari tidur, dan saya lihat muka ayahku berubah menjadi putih.
Selawat menunjukkan kasih kita terhdap Rasulullah SAW berterusan sampai bila2. Kesan jangka masa panjang, berselawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur2 fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik dlm hidup kita. Jiwa akan bersih. Sbb itulah bila kita lupa, kita digalakkan byk berselawat, masa itu fikiran bersih...insyaAllah akan ingat. Hingga makan ubat pun digalakkan baca selawat...
Antara kelebihan selawat:
1. Memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
2. Memperolehi kebajikan, mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan.
3. Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman, jika kita membacanya 100 kali
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan dalam golongan orang2 yg solih.
5. Mendekatkan diri pada Allah kerana ia suruhan Allah.
6. Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan hamba.
7. Memperolehi syafaat di hari akhirat.
8. Memperolehi pelindungan dari malaikat.
9. Memperolehi hubungan yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi) dan mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah SAW di hari kiamat.
10. Membuka kesempatan seolah2 berbicara dgn Nabi SAW.
11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan melapangkan dada dan rezeki.
12. Menghapuskan dosa2 kecil.
13. Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak mampu bersedekah.
14. Melipat gandakan pahala yg diperolehi.
15. Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
16. Menjadi sebab doa kita dapat diterima oleh Allah.
17. Memenuhi satu hak Nabi kita.
18. Di padang Mahsyar nnti lahir sebagai seorang yang mencintai Nabi.
19. Di kabulkan segala hajat keperluannya.
JENIS JENIS SELAWAT
Terdapat bermacam macam jenis selawat nabi (lebih 70 jenis) tercatat dalam kitab2 amalan orang mukmin, ada yang diberi nama khas seperti antaranya;
1 Selawat Kamaliyat
2 Selawat Badawiyah
3 Selawat Badriyah
4 Selawat Wasilah
5 Selawat Munjiyat (Penyelamat)
6 Selawat Sa'adah (kebahagiaan)
7 Selawat Ulul 'Azmi
8 Selawat Ibrahimiyah
9 Selawat Al -Faatih
10 Selawat Mukafaah
11 Selawat Kubra
12 Selawat Syifa(tib)
13 Selawa Azamiyyah (kitab aurat Ahmadiah Al Idrisiah)
14 Selawat Penerang Hati
15 Selawat Pelindung Diri
16 Selawat Tafrijiyyah
Fadhilat selawat2 ini akan dibincangkan kemudian. :)
No comments:
Post a Comment