Dalam hidup kita pastinya pernah berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan dendam itu wujud dengan sendirinya. Suka atau tidak, ia bukanlah pilihan kita. Sudah pasti tindakan dan persepsi kita selepas peristiwa tersebut akan sentiasa berkaitan dengan dendam tersebut. Untuk melupakannya memakan masa yg lama, malah kadang2 tidak hilang langsung.
Tapi, mungkin kita tidak sedar, dengan wujudnya perasaan dendam itu, kita tidak mungkin akan bebas dari kenangan2 silam yang terlalu pahit untuk ditelan. Sampai bila2 pun kepahitan itu akan sentiasa berada di dalam diri kita. Menjadikan diri kita hidup dalam sengsara. Perasaan ingin sekali membebaskan diri daripada belenggu kenangan silam dan meneruskan hidup yang lebih gemilang.
Kerana dendam itu, kita sentiasa cenderung utk menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan kita untuk meneruskan kehidupan dengan gembira. Sungguh ironi sekali, jelas di situ kita yang berprasangka (walaupun mungkin apa yang kita sangkakan itu 100% betul), apa salahnya kita bersangka baik dengan orang lain. Mungkin mereka tidak sengaja menyakiti kita (walaupun sebenarnya memang mereka sengaja). Bukankah memberi kemaafan itu lebih baik daripada terus berdendam dengan kesilapan orang lain terhadap kita. Memaafkan bukanlah sesuatu yang senang. Mulut berkata; “aku maafkan kau” tapi sebenarnya dalam hati, masih tersimpan dendam itu. Akhirnya, kita sendiri yang merana akibat tidak mampu untuk meninggalkan sejarah silam. Sedangkan mereka hidup dengan bebas gembira.
Firman Allah;
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
bermaksud;
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (surah Ali Imran: 133-134)
فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (surah Asy-Syura: 40)
Daripada ayat2 di atas, dapat kita ambil pengajarannya bahawa sesungguhnya memberi kemaafan itu lebih utama daripada terus menyimpan dendam marah di atas kesilapan orang lain. Anggaplah kesilapan-kesilapan mereka terhadap kita itu sebagai pengajaran dan mungkin sebagai kifarah di atas segala kesilapan kita juga. Sentiasa ingat; kita tidak punyai apa-apa keuntungan pun selagi kita terus menyimpan rasa dendam itu. Bahkan ia menjadi satu liabiliti yang terbesar dalam diri.
Berikut merupakan kesedaran yang boleh kita hadirkan dalam hati kita ketika seseorang telah berperilaku buruk kepada kita, agar tidak ada dendam yang berkembang dalam hati.
1- Ingatlah bahwa perbuatan orang itu kepada kita tidak keluar dari kehendak Allah. Allah menginginkannya itu terjadi dan ada hikmah disebalik itu.
2- Ingatlah akan dosa2 kita. Tiada keburukan akan menimpa kita melainkan kerana sebab dosa2 kita. Sibukkan diri dengan taubat dan istighfar, daripada sibuk mencela dan mencari2 cara untuk membalasnya.
3- Ingatlah pahala cukup besar bagi orang yang mahu memaafkan dan bersabar sebagaimana petikan ayat di atas.
4- Ingatlah bahawa memaafkan dan berbuat baik akan membuat hati kita bersih dari niat buruk dan dendam. Dengan itu hati akan merasa tenang dan sentiasa gembira.
5- Ingatlah bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina dan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia.
6- Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapat sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita mungkin pernah berbuat zalim dan dosa. Jika kita memaafkan, Allah pun akan memaafkan kita.
7- Ingatlah bahawa menyibukkan diri dengan dendam akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga byk perkara bermanfaat kita abaikan.
8- Ingatlah bahawa Rasulullah saw tidak pernah sekali pun berdendam dgn urusan peribadi baginda. Jika itu terjadi kepada orang yang paling mulia, bagaimana dengan kita?
9- Ingatlah bahawa sabar adalah sebahagian dari keimanan. Jika kita bersabar, maka itu bererti kita sedang menjaga keimanan kita.
10- Ingatlah bahawa dengan bersabar bererti kita telah mengalahkan dan mengendalikan jiwa kita. Syaitan tidak mampu mempengaruhi kita. Kerana jiwa yang tidak dapat kita kuasai akan mengajak kita pada kebinasaan.
11- Ingatlah bahawa jika kita bersabar, maka Allah pasti akan menolong kita.
12- Ingatlah jika kita bersabar, maka itu akan menjadi sebab orang yang telah berbuat zalim kepada kita menyesal dengan tindakannya, malu dan mungkin akan menyayangi kita, setelah sebelumnya membenci kita.
13- Ingatlah boleh jadi jika kita membalas perbuatan buruknya kepada kita, hal itu akan membuatnya semakin bertambah buruk.
14- Ingatlah bahawa orang yang biasa berdendam, pasti akan terjerumus pada kezaliman kerana hati sukar untuk berbuat adil.
15- Ingatlah bahawa kesabaran itu akan menjadi penggugur dosa kita atau pengangkat darjat kita.
16- Ingatlah bahawa sabar dan tidak membalas adalah kebaikan yang akan melahirkan kebaikan yang lain, dan kebaikan itu akan melahirkan kebaikan lagi dan begitu seterusnya.
Memang sukar sekali menjatuhkan ego dalam diri, terasa seolah-olah maruah diri diperkotak-katikkan. Tetapi, sebenarnya kita yang memperkotak-katikkan diri kita kerana bergantung kepada orang lain untuk mengubah hidup kita. Orang lain merupakan faktor luaran yang sudah tentu kita boleh abaikan andainya kita mahu.
“Manusia mampu berubah demi orang yang mereka cintai tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita mampu untuk berubah kerana tekad dalam hati kita yang mendambakan sebuah perubahan. Semuanya kerana diri kita sendiri bukan org lain"
Wallahualam
No comments:
Post a Comment