Tuesday 1 January 2013

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum 19 syafar
Nak kongsikan hari pertama ke sekolah. Keluar 6.55 pagi dah ok tetapi jem di lampu isyarat mengambil masa yg lama sehingga hampir 30 minit. Terpaksa buat calling2 utk mintak tolong. Tiba di sekolah terus ke dewan utk perhimpunan. Terkenang2 tahun lepas...terkejar2 utk ke perhimpunan, maklumlah bimbang ada kekurangan persiapan PP kendalikan majlis. Segala memori silam menggigit kesayuan dlm hati. Ah! biarlah ia berlalu.

Majlis bermula dgn tidak tersusun. Pembaca ikrar kelam kabut, tiada teks tak hafal pula. Lucu pun ada tp malu lah permulaan majlis dah ada kelemahan. En Tohit mengumumkan latihan merentas desa pd 9 jan 2013 dan yg sebenar pd 12 jan 2013. Beliau mengingatkan pelajar spy berpakaian kemas pd tempatnya. Querter master: utk kokurikulum.

Selepas beberapa ketika, sibuk pula dgn perubahan jadual kerana perhimpunan dgn Nadrah. Pergi ke bilik guru nak settlekan jadual. Mula2 perubahan 30 minit, balik 3.20 ptg. Akhirnya PK putuskan sebelum rehat 25min, lps rehat 30min balik 2.55ptg. Ptg pula ada pendaftaran koko 3.30 ptg.

Balik semula ke perhimpunan, KU sdg berucap. Hafiz ni perlu byk berlatih berucap di atas pentas, ada kalimah2 yg tdk sepatutnya digunakan. Kemudian YDP PIBG pula berucap. Ada slot utk dia rupanya. Byk memberi perangsang kpd para pelajar. Tapi mengambil masa yg lama pula.

Tiba giliran ucapan pengetua yg dinanti2. Abi memperkenalkan guru2 baru Pn Rosliza dan Pn Jamiati. Ucapan sekejap aje kerana masa dah menunjukkan pukul 9.12 pg.













No comments:

Post a Comment