Assalamualaikum,
Terjumpa 5 tip yang baik hasil mengembara di alam maya. Kredit kpd Realiti Alam Rumahtangga
Tip pertama : Masukkan matlamat masa hadapan dalam perancangan bajet bulanan.
Rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Katakan anda ingin beli kereta pada tahun hadapan. Masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik belajar berjimat sekarang dari tergesa – gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.
Tip kedua : Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga.
Awal bulan, tanya setiap ahli keluarga apa yang mereka perlu. Dapatkan bajet secara spesifik dari setiap orang. Anda baca bajet mereka dan luluskan yang mana anda rasa perlu dan anda nilai sendiri berdasarkan wang yang anda ada.
Tip ketiga : Dapatkan jumlah wang tetap yang perlu di bayar.
Wang untuk ansuran rumah, kereta, insurans, bil – bil dan sebagainya perlu di sediakan jumlahnya secara tepat. Apabila anda dapat gaji, anda asingkan awal-awal wang untuk pembayaran hutang – hutang dan bil – bil. Dari lebihan wang, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang bagi peruntukan makanan juga boleh di sediakan secara tetap setiap bulan.
Tip keempat : Agihkan wang untuk simpanan dan kecemasan.
Agihkan wang lebihan selepas perancangan bajet untuk di simpan secara tetap dan kegunaan kecemasan. Selain akaun bank untuk simpanan tetap, anda perlu juga sediakan akaun simpanan untuk kecemasan bagi menampung lebihan bajet jika berlaku. Kadangkala, ada perkara yang tidak di sangka – sangka berlaku seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.
Tip kelima : Ikut apa yang anda rancang.
Bajet tidak akan berjalan seperti yang anda mahu jika anda tidak ikut apa yang anda rancang. Kuatkan azam dan ikut segala rancangan yang telah anda tetapkan...
No comments:
Post a Comment